Entry: new life begins here Wednesday, March 11, 2009



Salam untuk semua,sudah hampir 2 minggu menjejakn kaki dekat universiti baru,Sungkyunkwan University   .Cuma mahu berkongsi serba sedikit tentang kehidupan baru di susasana baru di sini.Aku jadi batch pertama yang masuk ke U baru ni,so keadaan agak tunggang langgang.First time register kelas tambahan lagi dengan kerenah ABEEK .Apa itu ABEEK?..Nanti aku cerita apa itu ABEEK.Mula mula agak canggung untuk mensuaikan diri dekat sini.Tambahan lagi,aku dengan 4 orang kawan lain duduk bilik yang berasingan.Aku duduk dengan mamat jepun,dari Fukuoka katanya.English dia tak berapa sangat,nak aku cakap Jepon?..musthail sekali.So aku speak KOrean denagn dia.At least dia paham dah kira ok daripada jadi cam ayam dengan itik.Haha..Dia umur 27 tahun dalam proses abeskan PhD,dan dia selalu tak ada dalam bilik.Dia dengan aku terbalik sket,aku ke kelas dia tdur,aku tdur dia pg Lab.So kami jarang berbual,nak blaja bahasa jepun pon tak sempat,,hahaha

Dekat sini mengimbau kembali kehidupan aku duduk di asrama time sekolah menengah cuma persekitaran lain je duduk dengan orang negara lain.Vietnam,China,Jepun,American setakt ni yang aku jumpa.Pakistan pon ada selaku Tutor Fizik aku.Alhamdulillah,dekat sini banyak kelas major diajar dalam English.Daripada 7 subjek aku ambil 5 dalam English selebihnya dalam Korean.Kawan Korea?belom jumpa lagi,setakat tegur2 cam tu adalah,berlainan semasa aku di Kolej dulu,mudah mesra dengan kawan Korea..Dekat sini,terasa kerdil je diri ini.-_-...Masing2 dengan hal mereka sendiri.tak seperti Dongyang,boleh lenggang kangkung pergi kelas(itu akulah,orang lain tak tau).

Bab makan.Sangat penting sebab aku ni kuat makan.Dewan makan disediakan tapi tak selalu dpat makan sebabnya ada daging tuuut.Jadi selalulah aku makan luar atau pon beli tuna dalam tin berkati2 lalu disusun rapi dia atas rak buku yang sepatutnya diletak buku.^-^..Ramai korean ingat aku ni tak reti speak korea sebab foreigner dan tau speak english je.Bila aku cakap KOrea je"waa boleh cakap korea"..ada sekali seorang Prof ingat aku tak faham Korea,dia cakapa dengan budak korea lebih kurang camgini"Diorang(aku dengan sorang kawan aku) mesti tak faham Bahasa Korea ~~(sambil ketawa)"..Time ni memang terasa giler2.Takpelah,diorang tak tau..Sabar jelakan...Its ok,i have 2 years to finish my study here.And the new life life begins here at SKK---->Sungkyunkwan University  



   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments