|
Dapt jugak curi masa untuk mengepos entri yang aku akan merepek ni.Baru habes exam programming,soalan boleh tahan.Cukupla,lepas ni tak nak amek subjek programming.Memang tak berminat memeningkan kepala ni,kalo basic2 boleh lagi bila dah masuk part2 yang kene pusingkan kepala ni terasa malas la pulak.Cuaca hari ne betul2 membuatkan aku rindu dekat Malaysia.Sekarang ni tengah hujan,bila summer ni hujan galk betul turun.Tapi hujan dekat sini tidak sama dengan hujan di Malaysia sebabnya,hujan dekat sini mengandungu Sulfur,yeker?ye la kot sebab bila air bertakung serbuk2 warna kuning akan termendap.Kawan korea aku kata tu sulfur atau plumbum.Sebab tu lah first time aku terkena hujan dekat sini terus rasa pening kepala dan boleh demam.Sebab tu bila hujan,make sure ada payung... Cakap pasal hujan ni,teringat zaman kanak2 dulu.Bila hujan turun je,kami adek beradek bermandi hujan.Kebetulan depan rumah ada saliran rumah,air mengalr dengan agak laju,pergi carik buku latihan yang lama2 tu buat kapal kertas,Lumba sapa paling laju.Main tengah2 basah.Ada sekali main sampai hujan berhenti.Buat empang la kononnya.Tahan air guna badan buat bentuk V.Hehe,tahan sampai air bertakung melimpah ruah.Zaman kecik2 apala tau,mak banyak kali suruh panggil balik tapi kerana kami ni kepala keras dari batu selamba main je.Lagi satu,bila hujan je katak2 banyak keluar,time kecik2 aku agak zalim dan jahat kat katak.(Along fobia dengan katak sampai skrg). Nak kata ku ni berani dengan katak,bawak cangkul sekali takut2 katak tu membesar.Mak pernah cakap,jangandekat denan katak nnt katak kecing dekat mata boleh buta.Aku time tu percaya bulat2 kata mak.Punyalah nak berperang dengan katak time hujan,sanggup cari katak. |